Friday, September 25, 2015

Analisis Kesalahan Tatabahasa

sbjbas = Kesalahan morfologi)   ( adadasda = kesalahan sintaksis)

Masyarakat Cina merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana rajin bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor.

BAK KUT THE
Bak Kut The secara harfiah bermaksud “Daging Bone Teh”. Ia merupakan masakan yang unik dan popular di Malaysia. Makanan ini berasal dari negara China. Sup makanan ini ialah sup herba China yang direbus dengan rusuk cadang dan bahan tambahan lain seperti cendawan, jeroan, goreng tahu puff. Esensi dari hidangan ini terletak pada harum biasanya Bak Kut The dimakan dengan nasi putih dan ditemani secangkir teh China.


LOK-LOK
Lok-lok ialah satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok-lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia.


CHAR KWAY TEOW
Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.

KUIH BAKUL
Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “nian gao” di mana perkataan “gao” bermaksud ‘kuih’ dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan gao bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi”  atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.
Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kantonis dari Guangdong.


JIAOZI
Jiaozi ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi orang China, khususnya orang China utara. Sejak lebih 1800 tahun dahulu, orang China sudah mula memakan Jiaozi. Ia merupakan makanan tradisional masyarakat China. Di negeri China, ada satu ungkapan yang terkenal, iaitu “Jiaozi ialah makanan paling sedap”. Pada pandangan orang China, Jiaozi mempunyai kaitan yang erat dengan perkumpulan. Pada masa dahulu, apabila orang China berkumpul, mereka akan makan, dan Jiaozi merupakan makanan utama.
Lebih-lebih lagi ketika merayakan Tahun Baru China, setiap keluarga akan makan Jiaozi. Pada tengah malam sebelum masuknya Tahun Baru mengikut kalendar China, memakan Jiaozi menandakan satu tahun sudah pun berlalu dan tahun baru menjelang tiba. Oleh sebab bentuknya seperti “Yuanbao”, sejenis wang emas atau perak pada zaman dahulu, maka memakan Jiaozi juga melambangkan “duit datang”. Satu sebab yang lain memakannya ialah Jiaozi mempunyai inti. Maka orang China suka mengisi pelbagai jenis inti ke dalam Jiaozi dengan harapan semoga semuanya bertuah pada tahun baru yang akan tiba itu. Pada masa dahulu, taraf hidup rakyat masih kurang tinggi. Maka, memakan Jiaozi amat membahagiakan mereka.
Sekarang, dengan meningkatnya taraf hidup rakyat, Jiaozi telah menjadi makanan biasa sahaja. Buatan Jiaozi terdiri daripada kulitnya yang diperbuat daripada tepung gandum dan intinya daripada pelbagai jenis bahan, termasuk daging, sayur-sayuran, hasil laut dan lain-lain. Oleh sebab Jiaozi mempunyai kulit, ketika direbus, wangi intinya tidak akan hilang. Suhu air untuk merebus Jiaozi juga lebih rendah daripada suhu untuk memasak lauk lain. Oleh itu, pelbagai rasa yang terdapat dalam inti Jiaozi tidak akan berkurang. Jadi, Jiaozi memang sangat sedap dimakan.Memasak Jiaozi ada pelbagai cara. Jiaozi boleh dikukus, atau digoreng, manakala direbus merupakan cara yang paling popular. Membuat Jiaozi tidak sukar. Biasanya dua orang mampu membuat Jiaozi untuk menjamu 3 hingga 5 orang, dalam masa lebih kurang sejam sahaja. Di pasar raya juga terdapat Jiaozi yang dibuat menggunakan mesin.
Namun, Jiaozi yang disejuk beku dengan cepat. Ini rasanya kurang sedap dan segar berbanding Jiaozi buatan tangan kerana kulitnya lebih tebal.Orang China suka makan Jiaozi yang dicelup sedikit cuka atau kicap yang dicampur dengan sedikit minyak bijan. Rasanya menjadi lebih sedap. Ada juga yang mencampurkan sedikit cili atau gula ke dalam sos tersebut, bergantung kepada seleramasing-masing.untuk membawa kegembiraan kepada orang ramai, Jiaozi telah menjadi sebahagian yang penting dalam budaya makanan China.

KUIH BULAN
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol (Dinasti Yuan) yang agak tegas dan kejam. Undang-undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan ke atas rakyat cina supaya tiada satu rakyat yang dapat menggugat kuasa mereka. Oleh sebab itu. rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak.
Pada suatu malam, semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat secara beramai-ramai. Di tengah-tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Pada masa ini, peristiwa ini dirayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.



PENG BING
Peng Bing merupakan kuih tradisional bagi masyarakat lama dahulu. Big Thumb bakery telah memperbaharui dan mengubah bentuk dan rasanya. Rupanya yang berlainan tapi rasa tetap yang sama. Peng Bing diperbaharui tetapi masih menggunakan tepung yang sama cuma intinya lebih sedap lagi.


GUANG BING
Guang Bing diperkenalkan sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk askarnya yang dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara China. Rasanya seperti French Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing ialah salah satu makanan yang popular bagi masyarakat Foochow (Cina). Kadang-kadang, roti ini di letakkan inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh dimakan begitu saja dan dimasak sup bersama dengan rebusan atau sup daging yang beserta dengan herba .

GAN PAN MIAN
Nama lainnya ialah Kampua. Ia merupakan sejenis mee bagi masyarakat Foochow yang mana ianya sedap, murah dan disukai oleh masyarakat tempatan. Harga sepinggan Gan Pan Mian adalah sekitar RM1.50 sahaja.  Bahan-bahan nya terdiri daripada mee, minyak khinzir, daun bawang, bawang goreng dan bak kut teh.

DING BIAN HU
Ia merupakan sejenis makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau lewat malam. Masyarakat Cina menjadikannya sebagai ganti bubur nasi dan ia dikenali “bubur kulat”. Masyarakat Cina percaya bahawa bubur ini sangat berkhasiat untuk membuang panas yang ada di dalam badan dan ia juga berkhasiat khususnya untuk orang yang lemah tenaga.

BUBUR NASI
Kadangkala kaum Cina tidak makan nasi sebagai makanan utama seharian tetapi mereka memasak bubur nasi yang dimakan bersama lauk pauk dan sayur-sayuran .Mereka juga gemar memakan makanan laut dan manisan. Kini, bubur nasi juga merupakan makanan tradisional kaum Cina digemari oleh semua kaum di Malaysia.


TANG YUAN
Salah satu pencuci mulut kaum Cina yang agak popular di negara kita ialah Tang Yuan. Sejenis manisan dari beras pulut yang direbus dimakan dengan air gula lebih kurang bubur .Terdapat juga popia yang dikenali sebagai Spring Roll sebagai makanan yang berasal dari keturunan kaum Cina yang digemari juga kaum-kaum lain di sini.


DIM SUN
Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidang bersama teh Cina. Yum cha (yang secara harfiah "meminum teh") merupakan istilah yang digunakan untuk menjelaskan pengalaman makanan keseluruhan, khususnya dalam Kantonis sezaman. Ia juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas di mana hidangan lazim disediakan sepanjang hari. Hidangan disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan juga pencuci mulut dan buah-buahan.
Hidangan ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina. Juga, ibu bapa Cina suka membawa anak mereka di sana hari Ahad untuk bertemu dan berbual dengan datuk nenek mereka.
Restoran dim sum mempunyai pelbagai jenis hidangan, biasanya terdapat beberapa dozen. Beberapa hidangan biasa yang boleh didapati di restoran dim sum termasuklah Ladu Udang, Gao, Shaomai, Haam Sui Gaau dan Char Siu Baau. Makanan ini mendapat sambuatan yang tinggi daripada masyarakat Cina.


Makanan sempena perayaan kaum Cina di Malaysia:
Seperti kaum-kaum lain mereka juga mempunyai perayaan-perayaan tersendiri dan seringkali dikaitkan dengan makanan utamanya seperti..

YEE SANG
Antara juadah yang sering disaji yang menjadi tradisi kaum Cina di Malaysia ialah Yee Sang yang merupakan campuran sayur-sayuran yang berbagai tekstur dan warna-warni yang membawa maksud kemakmuran kepada mereka. Pada malam sebelum Tahun Baru Cina mereka akan mengadakan makan besar iaitu majlis makan malam keluarga dengan menyajikan pelbagai lauk pauk yang enak-enak. Di samping itu mereka juga menyediakan kuih muih seperti kuih bakul,kuih kapit dan limau Mandarin untuk tetamu yang bertandang.

Rujukan:
https://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/09/makanan-tradisi-kaum-cina/

Amalina Gan (2012, Februari 9). Makanan Tradisi Kaum Cina. Didapatkan September 22, 2015, daripada totallydelicious: https://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/09/makanan-tradisi-kaum-cina/




Analisis Tatabahasa
Menurut petikan “Makanan Tradisi Kaum Cina” yang saya pilih dan analisis, saya berpendapat bahawa penulis blog sering mengulangi kesalahan tatabahasa dan istilah bahasa secara tidak sedar. Dua bidang utama yang wujud daripada kesalahan tatabahasa ialah morfologi dan sintaksis.
Dari aspek Morfologi, kesalahan pertama yang sering dilakukan oleh penulis blog ialah kesalahan ejaan. Kesilapan ejaan yang telah dikesan dalam petikan tersebut ialah ‘lapuran’. Sebenarnya perkataan yang betul bagi perkataan “lapuran” ialah “laporan”. Dapat dilihat kesilapan ejaan penulis petikan lebih tertumpu kepada bunyi vokal ‘u’ dengan ‘o’. Penulis lazimnya mengujarkan perkataan ‘laporan’ kepada ‘lapuran’. Penulis juga bersikap cuai menulis ‘o’ kepada ‘u’ kerana bentuk ‘o’ dan ‘u’ yang hampir mirip sama iaitu huruf yang berbentuk bulat. Tambahan pula, kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan oleh penulis ialah dalam penggunaan kata pemeri. Menurut Tatabahasa Dewan (2003), kata pemeri ‘ialah’ digunakan untuk menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama. Sebaliknya, kata pemeri ‘adalah’ pula digunakan untuk menunjukkan huraian dan hadir di hadapan kata adjektif, frasa adjektif, kata sendi nama atau frasa sendi nama. Contohnya, Jadual di bawah menunjukkan bahawa penulis menggunakan kata pemeri ‘adalah’ di hadapan kata nama. Oleh itu, kata pemeri ‘adalah’ perlu digantikan dengan kata pemeri ‘ialah’.
Ayat salah
Ayat Betul
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. (Perenggan 11, baris 1)
Kuih Bulan ialah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh.
(Perenggan 11, baris 1)

Seterusnya kesalahan tatabahasa yang dikesan oleh murid semasa di dalam kelas ialah kesalahan semasa menggunakan kata majmuk. Proses pemajmukan kata berlaku apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan. Berdasarkan petikan yang saya cari, terdapat satu kesalahan yang dapat dilihat semasa penulis  menggunakan kata majmuk ini. Contohnya dirujuk pada jadual 2

Ayat salah
Ayat Betul
Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor. (Perenggan 1, baris 7)

Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanah air di Johor. (Perenggan 1, baris 7)
Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. (Perenggan 4, baris 4)
Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut cita rasa setempat. (Perenggan 4, baris 4)


            Berdasarkan keempat-empat ayat di atas, didapati bahawa penulis blog menulis “cita rasa” sebagai “citarasa” dan ‘tanah air’ sebagai ‘tanahair’. Kedua-dua kata majmuk ini dianggap salah kerana menurut kamus dewan, kata majmuk ‘cita rasa’ merupakan kata majmuk yang dieja terpisah yang membawa makna ‘kegemaran’ dan ‘tanah air’ membawa makna ‘tempat asal’. Kedua-dua kata majmuk ini dianggap betul dan membawa makna sekiranya ditulis secara berasingan. Selain itu, penulis blog tidak dapat membezakan antara kata majmuk yang ditulis serangkai dengan kata majmuk yang tidak ditulis secara berasingan.

   Selain itu, kesalahan tatabahasa yang saya disemak semasa mencipta blog ialah kesalahan semasa menggunakan kata sendi nama. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1997), kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kesalahan penggunaan kata sendi ini yang dilakukan oleh penulis ialah kesalahan penggunaan kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’. Melalui kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’, penulis sering terkeliru antara penggunaan ‘dari’ dan ‘daripada’. Contohnya,

Ayat Salah
Ayat Betul
Sejenis manisan dari beras pulut yang direbus dimakan dengan air gula lebih kurang bubur. (perenggan 18 , baris  2  )
Sejenis manisan yang diperbuat daripada beras pulut yang direbus dimakan dengan air gula lebih kurang bubur (perenggan 18 , baris 2)

Di sini, penulis tidak dapat membezakan penggunaan ‘dari’ dan ‘daripada’ dari segi makna. Sebenarnya, kata sendi nama telah hadir di hadapan kata nama yang mempunyai punca kepada benda dalam ayat di atas. Oleh itu, kata sendi nama ‘dari’ perlu digantikan dengan ‘daripada’. Selain itu, ayat asal yang ditulis adalah salah kerana ayat ini tidak lengkap dan diungkap secara lisan. Dengan itu, ayat ini perlu disusul dengan “yang diperbuat daripada” supaya menjadi ayat yang betul.

Seterusnya, kesalahan tatabahasa adalah kata imbuhan. Selepas membuat penilaian terhadap petikan berkaitan penggunaan imbuhan ini, terdapat kesalahan imbuhan yang dibuat oleh penulis blog, termasuklah awalan ‘di-’ dan apitan ‘ beR-‘Contohnya,

Ayat Salah
Ayat Betul
Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. (perenggan 12, baris 6)
Kuih Bulan diperbuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. (perenggan 12, baris 6)
…. Yee Sang yang merupakan campuran sayur-sayuran yang berbagai tekstur dan warna-warni yang membawa maksud kemakmuran kepada mereka.
(perenggan 23, baris 2)
Yee Sang yang merupakan campuran sayur-sayuran yang pelbagai tekstur dan warna-warni yang membawa maksud kemakmuran kepada mereka. (perenggan 23, baris  2)

Di sini telah menunjukkan bahawa perkataan ‘di buat’ perlu diperbetulkan ‘diperbuat’ kerana perkataan ‘dibuat’ menunjukkan sedang melakukan, manakala perkataan ‘diperbuat’ pula menunjukkan hasil yang diperolehi. Dalam ayat ke- lebih menunjukkan makna hasil yang diperolehi. Oleh itu, perkataan ‘diperbuat lebih sesuai digunakan. Sebaliknya, ‘pelbagai’ lebih sesuai digunakan kerana perkataan ini membawa makna beberapa jenis dalam ayat di atas, bukan perkataan ‘berbagai’ dalam ayat ini kerana perkataan ini membawa maksud ‘berbanding’.

Dari aspek Sintaksis, terdapat beberapa kesalahan  daripada unsur-unsur klausa, frasa, dan perkataan. Kesalahan pertama ialah kesalahan penggunaan frasa nama. Contohnya.

Ayat salah
Ayat betul
Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien …( Perenggan 1, baris 4)
Tiga kumpulan kaum kecil ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien … (Perenggan 1, baris 4)

        Dalam ayat ini, frasa nama ‘tiga kumpulan kecil kaum’ perlu diperbetulkan sebagai ‘tiga kumpulan kaum kecil’. Kesalahan berlaku adalah disebabkan susunan kata yang digunakan dalam frasa itu tidak mematuhi hukum D-M. Hukum D-M bermaksud unsur yang diterangkan mendahului yang menerang, Dalam perkataan ‘kecil’ merupakan kata adjektif yang berunsur menerang kepada frasa nama‘tiga kumpulan kaum’. Dengan itu, perkataan ‘tiga kumpulan kaum kecil;’ lebih sesuai untuk digunakan. Kesimpulannya, terdapat kesalahan morfologi dan sintaksis yang telah dilakukan oleh penulis dalam petikan. Penulis haruslah membuat penyemakan dan membuat pembetulan terhadap hasil penulisan supaya membolehkan pembaca menikmati keindahan bahasa dan tidak mengikuti kesalahan tatabahasa tersebut.



21 comments:

  1. Analsis yang dibuat padat dan jelas. Maklumat yang amat membantu.

    ReplyDelete
  2. Maklumat yang dibekalkan sangat jelas dan mudah difahami tetapi harap memberi jarakan sedikit antara perenggan supaya nampak lebih kemas dan teratur XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas cadangan Hendry. Cadangan penambahbaikan akan dibuat secara serta-merta.

      Delete
  3. Syabas!Anda memberi banyak contoh dan memberi ulasan yang begitu tepat sekali.

    ReplyDelete
  4. Isi kandungan dalam petikan menarik perhatian. Analisis yang dilakukan jelas dan amat berguna.
    Perkataan Bone dalam "Daging Bone Teh" merupakan perkataan Bahasa Inggeris. Kesalahan penggunaan bahasa asing juga boleh dimasukkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas peringatan Lawrence Yeong. Sebenarnya perkataan yang betul bagi 'Daging Bone Teh' ialah 'Daging Tulang Teh' secara harfiah.

      Delete
  5. Analisis yang jelas dan lengkap. Banyak memberikan informasi kepada saya. Bagus!

    ReplyDelete
  6. Analisis yang agak bagus tetapi penulis masih tertinggal beberapa masalah tatabahasa yang ketara, contohnya 'tapi' ialah bahasa pasar dan lebih sesuai digunakan semasa percakapan. Perkataan 'tapi' perlu diganti dengan 'tetapi'. Perkataan 'di letakkan' yang didapati dari tajuk kecil Guang Bing dan 'bahan-bahan nya' yang saya ambil dari tajuk Gan Pan Mian sepatutnya dicantumkan. Teruskan usaha lagi dan saya percaya anda boleh mengkaji kesalahan tatabahasa dengan lebih teliti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Woon, peringatan anda akan dihargai.

      Delete
  7. Huraian analisis yang jelas dan lengkap..penjelasan yang diberikan memberi input kepada saya..

    ReplyDelete
  8. Analisis kesalahan tatabahasa yang jelas dan lengkap. Saya ingin mencadangkan penulis untuk menambah ilustrasi gambar jenis-jenis makanan tradisi kaum Cina bagi merangsang pembaca dari bangsa lain. Sekian.

    ReplyDelete
  9. Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidang bersama teh Cina.
    Adakah kurang sesuai untuk mengulang perkataan 'merupakan' dalam ayat yang sama?

    Penjelasan yang jelas memudahkan pembaca untuk memahami kesalahan bahasa yang dinyatakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas cadangan yang diberi oleh Livia Ng. Ayat yang disenaraikan di atas merupakan kesalahan sintaksis di mana ayat ini digabungkan dengan 3 ayat tunggal dan disambung dengan kata relatif 'yang' tidak sesuai. Pengulangan kata 'yang' dan 'merupakan' akan menjadikan ayat ini rumit dan tidak gramatis.

      Pada pendapat saya, dicadangkan bahawa ayat ini dipisahkan kepada dua.
      Ayat yang betul adalah:
      Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang dihidang bersama dengan teh Cina. Dim sum juga merupakan satu hidangan ringan dalam lingkungan yang luas. Di sini telah menunjukkan kedua-dua ayat ini dapat menerangkan makna terhadap ayat asal.

      Ayat yang diperbaiki ringkas, mudah difahami dan gramatis. Ayat ini tidak merumitkan para pembaca.

      Delete
    2. Adakah saudara dapat menerima jika saya ubahkannya kepada:
      Dim sum merupakan sejenis masakan Cina ringan dalam lingkungan luas yang dihidangkan bersama teh Cina.

      Delete
    3. Terima kasih Ng. Ayat yang anda cadangkan lebih sesuai, ringkas dan gramatis. Terima Kasih Ng.

      Delete
  10. Saya mendapat banyak informasi berkaitan makanan tradisi kaum Cina. Topik yang menarik disertakan dengan analisis yang baik. Syabas!

    ReplyDelete
  11. Analisis kesalahan bahasa yang baik dan jelas. Bagus~!

    ReplyDelete
  12. Analisis yang dibuat sangat baik dan tepat. Informasi yang diberikan amat membantu.
    Syabas!

    ReplyDelete
  13. Huraian dan penerangan untuk setiap kesalahan dan pembetulan berjaya meningkatkan kefahaman pembaca.

    ReplyDelete
  14. Huraian yang sangat jelas bagi saya. Ini turut dapat meningkatkan kefahamab pembaca semasa membaca blog ini. Bagus.

    ReplyDelete
  15. Analisis yang jelas! Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete