( sbjbas =
Kesalahan morfologi) ( adadasda = kesalahan sintaksis)
Masyarakat Cina merupakan kumpulan
etnik kedua terbesar di mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi.
Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara
ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana rajin bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau
Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa
Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor.
BAK
KUT THE
Bak Kut The secara harfiah bermaksud “Daging
Bone Teh”. Ia merupakan masakan yang unik dan popular di Malaysia. Makanan ini berasal
dari negara China. Sup makanan ini ialah sup herba China yang direbus dengan rusuk cadang dan bahan
tambahan lain seperti cendawan, jeroan, goreng tahu puff. Esensi dari hidangan
ini terletak pada harum biasanya Bak Kut The dimakan dengan nasi putih dan ditemani
secangkir teh China.
LOK-LOK
Lok-lok ialah satu makanan Cina
yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok-lok atau dikenali dengan
sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi
ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat
Malaysia.
CHAR
KWAY TEOW
Char kway teow merupakan makanan
yang popular di Malaysia. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina
Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang,
kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan
atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia
dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini
sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa,
char kway teow agak basah.
KUIH
BAKUL
Kuih
Bakul atau Nian
Gao atau kuih Tahun
Baru Cina ialah makanan Cina yang
diperbuat daripada tepung pulut berbentuk
seperti dodol.
Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris
dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa
tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “nian gao” di mana
perkataan “gao” bermaksud ‘kuih’ dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti
perkataan gao bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” atau
ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.
Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun
semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi
adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau
dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya
termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kantonis dari Guangdong.
JIAOZI
Jiaozi ialah sejenis makanan yang
sangat popular bagi orang China, khususnya orang China utara. Sejak lebih 1800
tahun dahulu, orang China sudah mula memakan Jiaozi. Ia merupakan makanan
tradisional masyarakat China. Di negeri China, ada satu ungkapan yang terkenal,
iaitu “Jiaozi ialah makanan paling sedap”. Pada pandangan orang China, Jiaozi
mempunyai kaitan yang erat dengan perkumpulan. Pada masa dahulu, apabila orang
China berkumpul, mereka akan makan, dan Jiaozi merupakan makanan utama.
Lebih-lebih lagi ketika merayakan
Tahun Baru China, setiap keluarga akan makan Jiaozi. Pada tengah malam sebelum
masuknya Tahun Baru mengikut kalendar China, memakan Jiaozi menandakan satu
tahun sudah pun berlalu dan tahun baru menjelang tiba. Oleh sebab bentuknya
seperti “Yuanbao”, sejenis wang emas atau perak pada zaman dahulu, maka memakan
Jiaozi juga melambangkan “duit datang”. Satu sebab yang lain memakannya ialah
Jiaozi mempunyai inti. Maka orang China suka mengisi pelbagai jenis inti ke
dalam Jiaozi dengan harapan semoga semuanya bertuah pada tahun baru yang akan
tiba itu. Pada masa dahulu, taraf hidup rakyat masih kurang
tinggi. Maka, memakan Jiaozi amat membahagiakan mereka.
Sekarang, dengan meningkatnya taraf
hidup rakyat, Jiaozi telah menjadi makanan biasa sahaja. Buatan Jiaozi terdiri
daripada kulitnya yang diperbuat daripada tepung gandum dan intinya daripada
pelbagai jenis bahan, termasuk daging, sayur-sayuran, hasil laut dan lain-lain.
Oleh sebab Jiaozi mempunyai kulit, ketika direbus, wangi intinya tidak akan
hilang. Suhu air untuk merebus Jiaozi juga lebih rendah daripada suhu untuk
memasak lauk lain. Oleh itu, pelbagai rasa yang terdapat dalam inti Jiaozi
tidak akan berkurang. Jadi, Jiaozi memang sangat sedap dimakan.Memasak Jiaozi
ada pelbagai cara. Jiaozi boleh dikukus, atau digoreng, manakala direbus
merupakan cara yang paling popular. Membuat Jiaozi tidak sukar. Biasanya dua
orang mampu membuat Jiaozi untuk menjamu 3 hingga 5 orang, dalam masa lebih
kurang sejam sahaja. Di pasar raya juga terdapat Jiaozi yang dibuat menggunakan
mesin.
Namun, Jiaozi yang disejuk beku
dengan cepat. Ini rasanya kurang sedap dan segar berbanding Jiaozi buatan
tangan kerana kulitnya lebih tebal.Orang China
suka makan Jiaozi yang dicelup sedikit cuka atau kicap yang dicampur dengan
sedikit minyak bijan. Rasanya menjadi lebih sedap. Ada juga yang mencampurkan
sedikit cili atau gula ke dalam sos tersebut, bergantung kepada seleramasing-masing.untuk membawa kegembiraan kepada orang
ramai, Jiaozi telah menjadi sebahagian yang penting dalam budaya makanan China.
KUIH
BULAN
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering
dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat cina
Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa
pemerintahan puak Mongol (Dinasti Yuan) yang agak tegas dan kejam. Undang-undang
yang tidak munasabah dan pelik dikenakan ke atas rakyat cina supaya tiada satu rakyat yang dapat menggugat kuasa mereka. Oleh sebab itu. rakyat cina dengan
dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak.
Pada suatu malam, semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat secara beramai-ramai. Di tengah-tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Pada masa ini, peristiwa ini dirayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Pada suatu malam, semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat secara beramai-ramai. Di tengah-tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Pada masa ini, peristiwa ini dirayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
PENG
BING
Peng
Bing merupakan kuih tradisional bagi masyarakat lama dahulu. Big Thumb bakery telah memperbaharui dan
mengubah bentuk dan rasanya. Rupanya yang
berlainan tapi rasa tetap yang sama. Peng Bing diperbaharui tetapi masih
menggunakan tepung yang sama cuma intinya lebih sedap lagi.
GUANG
BING
Guang Bing diperkenalkan sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk askarnya
yang dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara China.
Rasanya seperti French Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing
ialah salah satu makanan yang popular bagi masyarakat Foochow (Cina).
Kadang-kadang, roti ini di letakkan inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh
dimakan begitu saja dan dimasak sup bersama dengan rebusan atau sup daging yang
beserta dengan herba .
GAN
PAN MIAN
Nama
lainnya ialah Kampua. Ia merupakan sejenis mee bagi masyarakat Foochow yang mana
ianya sedap, murah dan disukai oleh masyarakat tempatan. Harga sepinggan Gan
Pan Mian adalah sekitar RM1.50 sahaja. Bahan-bahan nya terdiri daripada
mee, minyak khinzir, daun bawang, bawang goreng dan bak kut teh.
DING
BIAN HU
Ia
merupakan sejenis makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa sarapan
pagi atau lewat malam. Masyarakat Cina menjadikannya sebagai ganti bubur nasi
dan ia dikenali “bubur kulat”. Masyarakat Cina percaya bahawa bubur ini sangat
berkhasiat untuk membuang panas yang ada di dalam badan dan ia juga berkhasiat
khususnya untuk orang yang lemah tenaga.
BUBUR NASI
Kadangkala
kaum Cina tidak makan nasi sebagai makanan utama seharian tetapi mereka memasak
bubur nasi yang dimakan bersama lauk pauk dan sayur-sayuran .Mereka juga gemar
memakan makanan laut dan manisan. Kini, bubur nasi juga merupakan makanan
tradisional kaum Cina digemari oleh semua kaum di Malaysia.
TANG YUAN
Salah
satu pencuci mulut kaum Cina yang agak popular di negara kita ialah Tang Yuan. Sejenis
manisan dari beras pulut yang
direbus dimakan dengan air gula lebih kurang bubur .Terdapat juga popia yang
dikenali sebagai Spring Roll sebagai makanan yang berasal dari keturunan kaum
Cina yang digemari juga kaum-kaum lain di sini.
DIM SUN
Dim
sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan
luas yang dihidang bersama teh Cina. Yum cha (yang secara harfiah "meminum
teh") merupakan istilah yang digunakan untuk menjelaskan pengalaman
makanan keseluruhan, khususnya dalam Kantonis sezaman. Ia juga dihidangkan pada
waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum
khas di mana hidangan lazim disediakan sepanjang hari. Hidangan disediakan
dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan
juga pencuci mulut dan buah-buahan.
Hidangan
ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil.
Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan
khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina. Juga, ibu bapa Cina suka membawa
anak mereka di sana hari Ahad untuk bertemu dan berbual dengan datuk nenek
mereka.
Restoran
dim sum mempunyai pelbagai jenis hidangan, biasanya terdapat beberapa dozen. Beberapa
hidangan biasa yang boleh didapati di restoran dim sum termasuklah Ladu Udang, Gao,
Shaomai, Haam Sui Gaau dan Char Siu Baau. Makanan ini mendapat sambuatan yang
tinggi daripada masyarakat Cina.
Makanan sempena perayaan kaum Cina di Malaysia:
Seperti
kaum-kaum lain mereka juga mempunyai perayaan-perayaan tersendiri dan
seringkali dikaitkan dengan makanan utamanya seperti..
YEE SANG
Antara
juadah yang sering disaji yang menjadi tradisi kaum Cina di Malaysia ialah Yee
Sang yang merupakan campuran sayur-sayuran yang berbagai tekstur dan warna-warni yang membawa
maksud kemakmuran kepada mereka. Pada malam sebelum Tahun Baru Cina mereka akan
mengadakan makan besar iaitu majlis makan malam keluarga dengan menyajikan
pelbagai lauk pauk yang enak-enak. Di samping itu mereka juga menyediakan kuih
muih seperti kuih bakul,kuih kapit dan limau Mandarin untuk tetamu yang
bertandang.
Rujukan:
https://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/09/makanan-tradisi-kaum-cina/
Amalina Gan (2012, Februari 9). Makanan Tradisi Kaum Cina. Didapatkan September 22, 2015, daripada totallydelicious: https://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/09/makanan-tradisi-kaum-cina/
Analisis Tatabahasa
Menurut
petikan “Makanan Tradisi Kaum Cina” yang saya pilih dan analisis, saya berpendapat
bahawa penulis blog sering mengulangi kesalahan tatabahasa dan istilah bahasa
secara tidak sedar. Dua bidang utama yang wujud daripada kesalahan tatabahasa
ialah morfologi dan sintaksis.
Dari
aspek Morfologi, kesalahan pertama
yang sering dilakukan oleh penulis blog ialah kesalahan ejaan. Kesilapan ejaan yang telah dikesan dalam petikan
tersebut ialah ‘lapuran’. Sebenarnya perkataan yang betul bagi perkataan
“lapuran” ialah “laporan”. Dapat dilihat kesilapan ejaan penulis petikan lebih
tertumpu kepada bunyi vokal ‘u’ dengan ‘o’. Penulis lazimnya mengujarkan perkataan
‘laporan’ kepada ‘lapuran’. Penulis juga bersikap cuai menulis ‘o’ kepada ‘u’
kerana bentuk ‘o’ dan ‘u’ yang hampir mirip sama iaitu huruf yang berbentuk
bulat. Tambahan pula, kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan oleh penulis ialah
dalam penggunaan kata pemeri.
Menurut Tatabahasa Dewan (2003),
kata pemeri ‘ialah’ digunakan untuk menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan
kata nama atau frasa nama. Sebaliknya, kata pemeri ‘adalah’ pula digunakan
untuk menunjukkan huraian dan hadir di hadapan kata adjektif, frasa adjektif,
kata sendi nama atau frasa sendi nama. Contohnya, Jadual di bawah menunjukkan
bahawa penulis menggunakan kata pemeri ‘adalah’ di hadapan kata nama. Oleh itu, kata pemeri ‘adalah’ perlu
digantikan dengan kata pemeri ‘ialah’.
Ayat
salah
|
Ayat
Betul
|
Kuih Bulan
adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan
Pertengahan Musim Luruh. (Perenggan 11, baris 1)
|
Kuih Bulan ialah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan
Pertengahan Musim Luruh.
(Perenggan 11, baris 1)
|
Seterusnya kesalahan tatabahasa yang dikesan oleh murid semasa di dalam kelas ialah kesalahan semasa menggunakan kata majmuk. Proses pemajmukan kata berlaku apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan. Berdasarkan petikan yang saya cari, terdapat satu kesalahan yang dapat dilihat semasa penulis menggunakan kata majmuk ini. Contohnya dirujuk pada jadual 2
Ayat
salah
|
Ayat
Betul
|
Kantonis
yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang
tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor. (Perenggan 1, baris 7)
|
Kantonis yang tinggal di Kuala
Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan
selatan tanah air di Johor.
(Perenggan 1, baris 7)
|
Kadangkala
hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa
setempat. (Perenggan 4, baris 4)
|
Kadangkala hirisan sosej Cina dan
kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut cita rasa setempat. (Perenggan
4, baris 4)
|
Berdasarkan keempat-empat ayat di atas, didapati bahawa penulis blog menulis “cita rasa” sebagai “citarasa” dan ‘tanah air’ sebagai ‘tanahair’. Kedua-dua kata majmuk ini dianggap salah kerana menurut kamus dewan, kata majmuk ‘cita rasa’ merupakan kata majmuk yang dieja terpisah yang membawa makna ‘kegemaran’ dan ‘tanah air’ membawa makna ‘tempat asal’. Kedua-dua kata majmuk ini dianggap betul dan membawa makna sekiranya ditulis secara berasingan. Selain itu, penulis blog tidak dapat membezakan antara kata majmuk yang ditulis serangkai dengan kata majmuk yang tidak ditulis secara berasingan.
Selain
itu, kesalahan tatabahasa yang saya disemak semasa mencipta blog ialah kesalahan semasa menggunakan kata sendi
nama. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1997), kata sendi nama ialah
bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kesalahan penggunaan
kata sendi ini yang dilakukan oleh penulis ialah kesalahan penggunaan kata
sendi ‘dari’ dan ‘daripada’. Melalui kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’, penulis
sering terkeliru antara penggunaan ‘dari’ dan ‘daripada’. Contohnya,
Ayat
Salah
|
Ayat
Betul
|
Sejenis
manisan dari beras pulut yang direbus dimakan dengan air gula lebih
kurang bubur. (perenggan 18 , baris 2 )
|
Sejenis manisan yang diperbuat daripada beras pulut yang direbus dimakan dengan
air gula lebih kurang bubur (perenggan 18 , baris 2)
|
Di sini, penulis tidak dapat membezakan penggunaan ‘dari’ dan ‘daripada’ dari segi makna. Sebenarnya, kata sendi nama telah hadir di hadapan kata nama yang mempunyai punca kepada benda dalam ayat di atas. Oleh itu, kata sendi nama ‘dari’ perlu digantikan dengan ‘daripada’. Selain itu, ayat asal yang ditulis adalah salah kerana ayat ini tidak lengkap dan diungkap secara lisan. Dengan itu, ayat ini perlu disusul dengan “yang diperbuat daripada” supaya menjadi ayat yang betul.
Seterusnya, kesalahan tatabahasa adalah kata imbuhan. Selepas membuat penilaian terhadap petikan berkaitan penggunaan imbuhan ini, terdapat kesalahan imbuhan yang dibuat oleh penulis blog, termasuklah awalan ‘di-’ dan apitan ‘ beR-‘Contohnya,
Seterusnya, kesalahan tatabahasa adalah kata imbuhan. Selepas membuat penilaian terhadap petikan berkaitan penggunaan imbuhan ini, terdapat kesalahan imbuhan yang dibuat oleh penulis blog, termasuklah awalan ‘di-’ dan apitan ‘ beR-‘Contohnya,
Ayat
Salah
|
Ayat
Betul
|
Kuih Bulan
di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai
atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. (perenggan 12,
baris 6)
|
Kuih Bulan diperbuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah
teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. (perenggan
12, baris 6)
|
…. Yee
Sang yang merupakan campuran sayur-sayuran yang berbagai tekstur dan
warna-warni yang membawa maksud kemakmuran kepada mereka.
(perenggan
23, baris 2)
|
Yee Sang yang merupakan campuran
sayur-sayuran yang pelbagai
tekstur dan warna-warni yang membawa maksud kemakmuran kepada mereka. (perenggan
23, baris 2)
|
Di
sini telah menunjukkan bahawa perkataan ‘di buat’ perlu diperbetulkan ‘diperbuat’
kerana perkataan ‘dibuat’ menunjukkan sedang melakukan, manakala perkataan ‘diperbuat’
pula menunjukkan hasil yang diperolehi. Dalam ayat ke- lebih menunjukkan makna
hasil yang diperolehi. Oleh itu, perkataan ‘diperbuat lebih sesuai digunakan.
Sebaliknya, ‘pelbagai’ lebih sesuai digunakan kerana perkataan ini membawa
makna beberapa jenis dalam ayat di atas, bukan perkataan ‘berbagai’ dalam ayat
ini kerana perkataan ini membawa maksud ‘berbanding’.
Dari
aspek Sintaksis, terdapat beberapa
kesalahan daripada unsur-unsur klausa,
frasa, dan perkataan. Kesalahan pertama ialah kesalahan penggunaan frasa nama. Contohnya.
Ayat salah
|
Ayat betul
|
Tiga
kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah
Hokkien …( Perenggan 1, baris 4)
|
Tiga kumpulan kaum kecil ini yang berbicara dialek Cina
berbeza adalah Hokkien … (Perenggan 1, baris 4)
|
Dalam ayat ini, frasa nama ‘tiga
kumpulan kecil kaum’ perlu diperbetulkan sebagai ‘tiga kumpulan kaum kecil’. Kesalahan
berlaku adalah disebabkan susunan kata yang digunakan dalam frasa itu tidak
mematuhi hukum D-M. Hukum D-M bermaksud unsur yang diterangkan mendahului yang
menerang, Dalam perkataan ‘kecil’ merupakan kata adjektif yang berunsur
menerang kepada frasa nama‘tiga kumpulan kaum’. Dengan itu, perkataan ‘tiga
kumpulan kaum kecil;’ lebih sesuai untuk digunakan. Kesimpulannya, terdapat kesalahan
morfologi dan sintaksis yang telah dilakukan oleh penulis dalam petikan.
Penulis haruslah membuat
penyemakan dan membuat pembetulan terhadap hasil penulisan supaya membolehkan
pembaca menikmati keindahan bahasa dan tidak mengikuti kesalahan tatabahasa
tersebut.
Analsis yang dibuat padat dan jelas. Maklumat yang amat membantu.
ReplyDeleteMaklumat yang dibekalkan sangat jelas dan mudah difahami tetapi harap memberi jarakan sedikit antara perenggan supaya nampak lebih kemas dan teratur XP
ReplyDeleteTerima kasih atas cadangan Hendry. Cadangan penambahbaikan akan dibuat secara serta-merta.
DeleteSyabas!Anda memberi banyak contoh dan memberi ulasan yang begitu tepat sekali.
ReplyDeleteIsi kandungan dalam petikan menarik perhatian. Analisis yang dilakukan jelas dan amat berguna.
ReplyDeletePerkataan Bone dalam "Daging Bone Teh" merupakan perkataan Bahasa Inggeris. Kesalahan penggunaan bahasa asing juga boleh dimasukkan.
Terima kasih atas peringatan Lawrence Yeong. Sebenarnya perkataan yang betul bagi 'Daging Bone Teh' ialah 'Daging Tulang Teh' secara harfiah.
DeleteAnalisis yang jelas dan lengkap. Banyak memberikan informasi kepada saya. Bagus!
ReplyDeleteAnalisis yang agak bagus tetapi penulis masih tertinggal beberapa masalah tatabahasa yang ketara, contohnya 'tapi' ialah bahasa pasar dan lebih sesuai digunakan semasa percakapan. Perkataan 'tapi' perlu diganti dengan 'tetapi'. Perkataan 'di letakkan' yang didapati dari tajuk kecil Guang Bing dan 'bahan-bahan nya' yang saya ambil dari tajuk Gan Pan Mian sepatutnya dicantumkan. Teruskan usaha lagi dan saya percaya anda boleh mengkaji kesalahan tatabahasa dengan lebih teliti!
ReplyDeleteTerima kasih Woon, peringatan anda akan dihargai.
DeleteHuraian analisis yang jelas dan lengkap..penjelasan yang diberikan memberi input kepada saya..
ReplyDeleteAnalisis kesalahan tatabahasa yang jelas dan lengkap. Saya ingin mencadangkan penulis untuk menambah ilustrasi gambar jenis-jenis makanan tradisi kaum Cina bagi merangsang pembaca dari bangsa lain. Sekian.
ReplyDeleteDim sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidang bersama teh Cina.
ReplyDeleteAdakah kurang sesuai untuk mengulang perkataan 'merupakan' dalam ayat yang sama?
Penjelasan yang jelas memudahkan pembaca untuk memahami kesalahan bahasa yang dinyatakan.
Terima kasih atas cadangan yang diberi oleh Livia Ng. Ayat yang disenaraikan di atas merupakan kesalahan sintaksis di mana ayat ini digabungkan dengan 3 ayat tunggal dan disambung dengan kata relatif 'yang' tidak sesuai. Pengulangan kata 'yang' dan 'merupakan' akan menjadikan ayat ini rumit dan tidak gramatis.
DeletePada pendapat saya, dicadangkan bahawa ayat ini dipisahkan kepada dua.
Ayat yang betul adalah:
Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang dihidang bersama dengan teh Cina. Dim sum juga merupakan satu hidangan ringan dalam lingkungan yang luas. Di sini telah menunjukkan kedua-dua ayat ini dapat menerangkan makna terhadap ayat asal.
Ayat yang diperbaiki ringkas, mudah difahami dan gramatis. Ayat ini tidak merumitkan para pembaca.
Adakah saudara dapat menerima jika saya ubahkannya kepada:
DeleteDim sum merupakan sejenis masakan Cina ringan dalam lingkungan luas yang dihidangkan bersama teh Cina.
Terima kasih Ng. Ayat yang anda cadangkan lebih sesuai, ringkas dan gramatis. Terima Kasih Ng.
DeleteSaya mendapat banyak informasi berkaitan makanan tradisi kaum Cina. Topik yang menarik disertakan dengan analisis yang baik. Syabas!
ReplyDeleteAnalisis kesalahan bahasa yang baik dan jelas. Bagus~!
ReplyDeleteAnalisis yang dibuat sangat baik dan tepat. Informasi yang diberikan amat membantu.
ReplyDeleteSyabas!
Huraian dan penerangan untuk setiap kesalahan dan pembetulan berjaya meningkatkan kefahaman pembaca.
ReplyDeleteHuraian yang sangat jelas bagi saya. Ini turut dapat meningkatkan kefahamab pembaca semasa membaca blog ini. Bagus.
ReplyDeleteAnalisis yang jelas! Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDelete