( sbjbas =
Kesalahan morfologi) ( adadasda = kesalahan sintaksis)
Masyarakat Cina merupakan kumpulan
etnik kedua terbesar di mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi.
Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara
ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana rajin bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau
Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa
Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor.
BAK
KUT THE
Bak Kut The secara harfiah bermaksud “Daging
Bone Teh”. Ia merupakan masakan yang unik dan popular di Malaysia. Makanan ini berasal
dari negara China. Sup makanan ini ialah sup herba China yang direbus dengan rusuk cadang dan bahan
tambahan lain seperti cendawan, jeroan, goreng tahu puff. Esensi dari hidangan
ini terletak pada harum biasanya Bak Kut The dimakan dengan nasi putih dan ditemani
secangkir teh China.
LOK-LOK
Lok-lok ialah satu makanan Cina
yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok-lok atau dikenali dengan
sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi
ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat
Malaysia.
CHAR
KWAY TEOW
Char kway teow merupakan makanan
yang popular di Malaysia. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina
Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang,
kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan
atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia
dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini
sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa,
char kway teow agak basah.
KUIH
BAKUL
Kuih
Bakul atau Nian
Gao atau kuih Tahun
Baru Cina ialah makanan Cina yang
diperbuat daripada tepung pulut berbentuk
seperti dodol.
Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris
dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa
tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “nian gao” di mana
perkataan “gao” bermaksud ‘kuih’ dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti
perkataan gao bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” atau
ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.
Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun
semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi
adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau
dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya
termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kantonis dari Guangdong.
JIAOZI
Jiaozi ialah sejenis makanan yang
sangat popular bagi orang China, khususnya orang China utara. Sejak lebih 1800
tahun dahulu, orang China sudah mula memakan Jiaozi. Ia merupakan makanan
tradisional masyarakat China. Di negeri China, ada satu ungkapan yang terkenal,
iaitu “Jiaozi ialah makanan paling sedap”. Pada pandangan orang China, Jiaozi
mempunyai kaitan yang erat dengan perkumpulan. Pada masa dahulu, apabila orang
China berkumpul, mereka akan makan, dan Jiaozi merupakan makanan utama.
Lebih-lebih lagi ketika merayakan
Tahun Baru China, setiap keluarga akan makan Jiaozi. Pada tengah malam sebelum
masuknya Tahun Baru mengikut kalendar China, memakan Jiaozi menandakan satu
tahun sudah pun berlalu dan tahun baru menjelang tiba. Oleh sebab bentuknya
seperti “Yuanbao”, sejenis wang emas atau perak pada zaman dahulu, maka memakan
Jiaozi juga melambangkan “duit datang”. Satu sebab yang lain memakannya ialah
Jiaozi mempunyai inti. Maka orang China suka mengisi pelbagai jenis inti ke
dalam Jiaozi dengan harapan semoga semuanya bertuah pada tahun baru yang akan
tiba itu. Pada masa dahulu, taraf hidup rakyat masih kurang
tinggi. Maka, memakan Jiaozi amat membahagiakan mereka.
Sekarang, dengan meningkatnya taraf
hidup rakyat, Jiaozi telah menjadi makanan biasa sahaja. Buatan Jiaozi terdiri
daripada kulitnya yang diperbuat daripada tepung gandum dan intinya daripada
pelbagai jenis bahan, termasuk daging, sayur-sayuran, hasil laut dan lain-lain.
Oleh sebab Jiaozi mempunyai kulit, ketika direbus, wangi intinya tidak akan
hilang. Suhu air untuk merebus Jiaozi juga lebih rendah daripada suhu untuk
memasak lauk lain. Oleh itu, pelbagai rasa yang terdapat dalam inti Jiaozi
tidak akan berkurang. Jadi, Jiaozi memang sangat sedap dimakan.Memasak Jiaozi
ada pelbagai cara. Jiaozi boleh dikukus, atau digoreng, manakala direbus
merupakan cara yang paling popular. Membuat Jiaozi tidak sukar. Biasanya dua
orang mampu membuat Jiaozi untuk menjamu 3 hingga 5 orang, dalam masa lebih
kurang sejam sahaja. Di pasar raya juga terdapat Jiaozi yang dibuat menggunakan
mesin.
Namun, Jiaozi yang disejuk beku
dengan cepat. Ini rasanya kurang sedap dan segar berbanding Jiaozi buatan
tangan kerana kulitnya lebih tebal.Orang China
suka makan Jiaozi yang dicelup sedikit cuka atau kicap yang dicampur dengan
sedikit minyak bijan. Rasanya menjadi lebih sedap. Ada juga yang mencampurkan
sedikit cili atau gula ke dalam sos tersebut, bergantung kepada seleramasing-masing.untuk membawa kegembiraan kepada orang
ramai, Jiaozi telah menjadi sebahagian yang penting dalam budaya makanan China.
KUIH
BULAN
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering
dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat cina
Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa
pemerintahan puak Mongol (Dinasti Yuan) yang agak tegas dan kejam. Undang-undang
yang tidak munasabah dan pelik dikenakan ke atas rakyat cina supaya tiada satu rakyat yang dapat menggugat kuasa mereka. Oleh sebab itu. rakyat cina dengan
dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak.
Pada suatu malam, semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat secara beramai-ramai. Di tengah-tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Pada masa ini, peristiwa ini dirayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Pada suatu malam, semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat secara beramai-ramai. Di tengah-tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Pada masa ini, peristiwa ini dirayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
PENG
BING
Peng
Bing merupakan kuih tradisional bagi masyarakat lama dahulu. Big Thumb bakery telah memperbaharui dan
mengubah bentuk dan rasanya. Rupanya yang
berlainan tapi rasa tetap yang sama. Peng Bing diperbaharui tetapi masih
menggunakan tepung yang sama cuma intinya lebih sedap lagi.
GUANG
BING
Guang Bing diperkenalkan sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk askarnya
yang dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara China.
Rasanya seperti French Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing
ialah salah satu makanan yang popular bagi masyarakat Foochow (Cina).
Kadang-kadang, roti ini di letakkan inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh
dimakan begitu saja dan dimasak sup bersama dengan rebusan atau sup daging yang
beserta dengan herba .
GAN
PAN MIAN
Nama
lainnya ialah Kampua. Ia merupakan sejenis mee bagi masyarakat Foochow yang mana
ianya sedap, murah dan disukai oleh masyarakat tempatan. Harga sepinggan Gan
Pan Mian adalah sekitar RM1.50 sahaja. Bahan-bahan nya terdiri daripada
mee, minyak khinzir, daun bawang, bawang goreng dan bak kut teh.
DING
BIAN HU
Ia
merupakan sejenis makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa sarapan
pagi atau lewat malam. Masyarakat Cina menjadikannya sebagai ganti bubur nasi
dan ia dikenali “bubur kulat”. Masyarakat Cina percaya bahawa bubur ini sangat
berkhasiat untuk membuang panas yang ada di dalam badan dan ia juga berkhasiat
khususnya untuk orang yang lemah tenaga.
BUBUR NASI
Kadangkala
kaum Cina tidak makan nasi sebagai makanan utama seharian tetapi mereka memasak
bubur nasi yang dimakan bersama lauk pauk dan sayur-sayuran .Mereka juga gemar
memakan makanan laut dan manisan. Kini, bubur nasi juga merupakan makanan
tradisional kaum Cina digemari oleh semua kaum di Malaysia.
TANG YUAN
Salah
satu pencuci mulut kaum Cina yang agak popular di negara kita ialah Tang Yuan. Sejenis
manisan dari beras pulut yang
direbus dimakan dengan air gula lebih kurang bubur .Terdapat juga popia yang
dikenali sebagai Spring Roll sebagai makanan yang berasal dari keturunan kaum
Cina yang digemari juga kaum-kaum lain di sini.
DIM SUN
Dim
sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan
luas yang dihidang bersama teh Cina. Yum cha (yang secara harfiah "meminum
teh") merupakan istilah yang digunakan untuk menjelaskan pengalaman
makanan keseluruhan, khususnya dalam Kantonis sezaman. Ia juga dihidangkan pada
waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum
khas di mana hidangan lazim disediakan sepanjang hari. Hidangan disediakan
dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan
juga pencuci mulut dan buah-buahan.
Hidangan
ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil.
Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan
khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina. Juga, ibu bapa Cina suka membawa
anak mereka di sana hari Ahad untuk bertemu dan berbual dengan datuk nenek
mereka.
Restoran
dim sum mempunyai pelbagai jenis hidangan, biasanya terdapat beberapa dozen. Beberapa
hidangan biasa yang boleh didapati di restoran dim sum termasuklah Ladu Udang, Gao,
Shaomai, Haam Sui Gaau dan Char Siu Baau. Makanan ini mendapat sambuatan yang
tinggi daripada masyarakat Cina.
Makanan sempena perayaan kaum Cina di Malaysia:
Seperti
kaum-kaum lain mereka juga mempunyai perayaan-perayaan tersendiri dan
seringkali dikaitkan dengan makanan utamanya seperti..
YEE SANG
Antara
juadah yang sering disaji yang menjadi tradisi kaum Cina di Malaysia ialah Yee
Sang yang merupakan campuran sayur-sayuran yang berbagai tekstur dan warna-warni yang membawa
maksud kemakmuran kepada mereka. Pada malam sebelum Tahun Baru Cina mereka akan
mengadakan makan besar iaitu majlis makan malam keluarga dengan menyajikan
pelbagai lauk pauk yang enak-enak. Di samping itu mereka juga menyediakan kuih
muih seperti kuih bakul,kuih kapit dan limau Mandarin untuk tetamu yang
bertandang.
Rujukan:
https://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/09/makanan-tradisi-kaum-cina/
Amalina Gan (2012, Februari 9). Makanan Tradisi Kaum Cina. Didapatkan September 22, 2015, daripada totallydelicious: https://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/09/makanan-tradisi-kaum-cina/